SEJARAH PENUBUHAN

  • PKPP Plantation mula beroperasi pada 1 hb April 2017. Dahulunya dikenali sebagai LKPP Timber Sdn Bhd dan menukar nama kepada PKPP Plantation Sdn Bhd pada 9 Februari 2017. LKPP Timber Sdn Bhd ditubuhkan pada 04 April 1995. Syarikat ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).
  • PKPP Plantation Sdn Bhd bermula dengan kepercayaan yang diberi oleh PKPP untuk mengurus 2 ladang milik PKPP iaitu Ladang PKPP Kemayan Bera dan Ladang PKPP Pamah Lebar. Kedua ladang ini telah diambil alih pengurusan daripada Astral Asia Plantation Sdn Bhd.
  • PKPP Plantation Sdn Bhd kini melangkah untuk memastikan pengurusan ladang-ladang PKPP diurus pada tahap kualiti pengurusan terbaik untuk pencapaian keuntungan dan daya maju syarikat. Selanjutnya dengan pembukaan ladang-ladang baru PKPP seperti Ladang PKPP Sg. Machang dan lain-lain rizab tanah PKPP akan memberikan prospek untuk perkembangan masa depan syarikat.

VISI & MISI

VISI

  • Menjadi penyumbang utama pendapatan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKPP) dah menjadi peneraju utama industri kelapa sawit di negeri Pahang.

MISI

  • Mengoptimumkan potensi perladangan, pertanian dan ternakan sebagai sumber keuntungan syarikat